Thursday, July 21, 2011

Chelsea FC vs Malaysia

KEPUTUSAN PENUH/AKHIR MALAYSIA XI VS CHELSEA FC 21 JULAI 2011

Segalanya sudah terjawab, pilihan Malaysia tewas 0-1 kepada Chelsea FC. Permainan yang boleh dikatakan menarik berbanding dua perlawanan sebelumnya memperlihatkan kematangan Pasukan Olimpik Negara yang bakal beraksi di pusingan akhir peringkat kumpulan Sukan Olimpik 2012. Pujian harus diberikan kepada semua pemain yang menunjukkan prestasi di luar jangkaan terutamanya bahagian pertahanan dan juga digawang yang diketuai Norhafiz Zamani Misbah. 

Malaysia amat kental bertahan tetapi kekurangan jelas dapat dilihat di bahagian tengah dan juga serangan. Kelemahan sama seperti skuad senior adalah dari segi hantaran bola dan kawalan bola. Mungkin pemain Malaysia merasa gugup dengan saiz dan juga populariti pemain-pemain bertaraf dunia yang kebanyakkannya mewakili negara masing-masing.


Jika dinilai dari prestasi yang ditunjukkan tidak mustahil bagi skuad muda negara ini melangkah lebih jauh di dalam pertandingan yang akan disertai mereka iaitu Sukan Olimpik London 2012. Rata-rata anak buah Ong Kim Swee ini masih muda dan pendedahan seperti ini adalah baik bagi membentuk keyakinan diri mereka.

Tewas 1-0 bukanlah sesuatu yang dianggap kejutan kerana pasukan dari Stamford Bridge itu mempunyai barisan bintang pemain yang mempunyai skill dan stamina yang tinggi berbanding pemain negara. Mereka juga berpengalaman bermain dalam Piala Dunia mewakili negara masing-masing.

Sekali lagi ucapan tahniah buat barisan pengurusan diketuai jurulatih Ong Kim Swee dan barisan pemain pasukan Olimpik Kebangsaan. Anda adalah yang terbaik. Terus kekalkan prestasi begini. Jangan mendabik dada disebabkan hanya membenarkan pasukan Chelsea FC menjaringkan satu gol. Itu bukanlah penamat dan sedarlah ianya baru permulaan.

KEPUTUSAN PENUH/AKHIR MALAYSIA XI VS CHELSEA FC [CHELSEA ASIA TOUR 2011]

MALAYSIA XI - 0 , CHELSEA FC - 1

so,itulah resultnyee..tapi kan,bagi saya lahh kan,kita patutnya sokong MALAYSIA lahh..ini kan negara kita,our country.tapi,TABIK ah kat skuad olimpik.so,dah terbukti yg skuad olimpik mmg dh sedia utk lawan Jepun pada peringkat kumpulan nanti.


tapi memang akui..penyerang skuad olimpik agak lemah berbanding skuad piala dunia.tetapi,pertahanan skuad olimpik better than skuad piala dunia.(INI PENDAPAT saya lahh..x tau lah kalau korang fikir lain)



so,ape-ape ponn,congrats buat skuad MALAYSIA kerana telah melakukan yg terbaek.

and congrats juga kpd Chelsea FC..



For more information,click jek kat sinie:





Lepas baca, jangan lupa like and comments :)

0 comments:

Post a Comment