Thursday, June 9, 2011

Clash of Empires:Battle for Asia



Clash of Empires:Battle for Asia atau lebih dikenali sebagai Hikayat Merong Mahawangsa cukup terkenal dengan kehebatannya di Malaysia.Akan tetapi,filem epik hebat yang diarahkan Yusry Abdul Halim iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dikritik hebat oleh pengulas filem di Amazon.co.uk. Rata-rata pembeli yang membeli DVD filem itu yang bertajuk "Clash of Empires: Battle for Asia" memberikan filem tersebut 1 bintang sahaja.


Filem yang dibintangi Stephen Rahman-Hughes, Dato Rahim Razali, Umie Nazeera, Khir Rahman dan ramai lagi bintang antarabangsa itu diedarkan Metrodome Distribution. Antara komen yang disifatkan agak pedas termasuklah komen dari pembeli yang menggunakan nama "Johnny Ramone" dari Hertfordshire, United Kingdom yang menyatakan filem tersebut "absolute trash". Manakala, "Bob Salter "Captain Spindrift"" dari Wiltshire, England pula memilih filem ini sebagai calon untuk Golden Turkey Awards.

Itu antara sebahagian daripada komen-komen pedas yang dilemparkan kepada pembikin filem ini. Namun demikian, di sebalik kata-kata pedas yang dilontarkan, ada pembeli yang menyukai filem ini. Menggunakan nama "Mclovinwithfries", dia menyatakan filem ini menampilkan visual yang mengagumkan selain adegan aksi yang cukup cemerlang. "Mclovinwithfries" memberikan 4 bintang untuk filem ini.

GUA berharap pembikin filem tempatan khususnya tidak lemah semangat untuk terus menerbitkan filem-filem hebat untuk pasaran antarabangsa. Jadikanlah kritikan yang diterima sebagai pembakar semangat untuk terus mengangkat filem tempatan ke pesada antarabangsa. Pastinya kritikan ini akan terus membakar semangat KRU Studios, milik tiga beradik Norman, Yusry & Edry untuk terus melangkah dan memberikan sesuatu kepada industri seni tempatan dan antarabangsa khususnya.



Lepas baca, jangan lupa like and comments :)

0 comments:

Post a Comment