Tuesday, March 15, 2011

brendan gan..

maybe tak ramai yang kenal brendan gan ni..brendan gan yang berusia 22 tahun ini merupakan anak kelahiran malaysia berbangsa cina yang kini terkenal sebagai pemain bola sepak yang handal.

merupakan pemain bola sepak bagi kelab liga A,Sydney FC,dan bermain pada posisi tengah dan kadangkala sebagai penyerang.

menurut undang-undang FIFA,beliau layak mewakili dan menyertai skuad bola sepak kebangsaan malaysia ataupun australia .ini kerana meskipun beliau lahir dan dibesarkan di Australia,oleh kerana bapa beliau berasal dari Negeri Sembilan,Malaysia.

 

meskipun berita mengenai beliau akan bermain bersama skuad harimau malaya belum disahkan,yang pasti beliau sendiri telah meluahkan hasrat untuk bermain bersama skuad malaysia.ini dapat disahkan melalui temubual beliau bersama FourFourTwo di Astro supersport.beliau dikatakan berminat dengan cara permainan malaysia semasa menjuarai piala AFF Suzuki tahun lepas.






mungkin FAM sudah bersedia untuk prose naturalisasi pemain Brendan Gan ini?pernah dahulu seorang bintang bola sepak yang boleh mewakili malaysia juga pernah dilepaskan kepada Scotland.ingat lagi dengan Shaun Maloney??







huhu..sayangnya kalau malaysia tak ambil peluang keemasan ini..pemain ini merupakan pakej lengkap bagi seorang pemain bola sepak.dah la pandai main,selalu dapat award,dia pun tak kisah kalau dapat wakil malaysia,handsome pula..sudah pasti dapat memikat ramai penonton..hehehe(including me:)




Lepas baca, jangan lupa like and comments :)

0 comments:

Post a Comment